us

us

Tuesday, March 29, 2011

Seindah Budi - Why


Sekadar selingan buat guru-guru dalam mendidik putera puteri bangsa. Amati bait-bait lirik ini:

"Yang keras kita ukirkan
          Yang lembut kita bentukkan
                   Yang buruk kita warnakan
                           Hingga jadi rupa dan hati
                                  Seindah budi"

Majlis bermula dengan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri (Ahli Parlimen Kuala Nerus) bersama Tuan Haji Ibrahim bin Salleh ( Pengerusi PIBG SKBG), Encik Azhar bin Abu Bakar ( Timbalan Pengarah PPD) disambut oleh Tuan Guru Besar dan PK KO. Bunga manggar dan paluan kompang mengiringi barisan tetamu kehormat ke kantin sekolah.

Pengerusi majlis pada hari tersebut iaitu Puan Ros Zawati binti Hamzah mempersilakan Ustaz Mohd Noor bin Salleh mengetuai bacaan doa untuk memberkati lagi majlis. Tidak lengkap majlis sekiranya tidak mendengar ucapan dari Tuan Guru Besar, Mohd Ranai bin Ismail yang menyentuh tentang pembangunan sekolah.


Tiba giliran Pengerusi PIBG SK Bukit Guntong, Tuan Haji Ibrahim bin Salleh untuk memberi ucapan yang mana menyambung apa yang telah disampaikan oleh Guru Besar. Majlis kemudian menjemput wakil dari PPD Kuala Terengganu iaitu Encik Azhar bin Abu Bakar untuk menyampaikan sepatah dua kata.


Kemuncak acara pada majlis tersebut ialah ucapan dari Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Ucapan beliau menitikberatkan kecemerlangan sekolah dalam kawasan Kuala Nerus. Malah beliau juga menjanjikan ganjaran seandainya SK Bukit Guntong mencapai sasaran UPSR tahun ini. Ternyata ucapan beliau berjaya menarik minat hadirin sekalian.


Selesai ucapan Yang Berhormat, siding hadirin dihiburkan dengan persembahan dikir barat pelajar di bawah pimpinan Cikgu Amran bin Che Harun. Lagu yang disampaikan ialah ‘Dikir Puteri’.


Yang Berhormat dan wakil PPD kemudiannya dirai dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka hadir ke majlis ini.


Sesi mesyuarat bermula kira-kira jam 9 pagi yang mana dimulakan dengan ucapan pengerusi PIBG. Seterusnya pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Ustaz Mohd Khairuddin bin Wahab. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 12 tengahari.


Monday, March 28, 2011

Takziah buat Cikgu Mahani Bt Mamat atas pemergian bonda tercinta petang semalam.. Moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 dikasihi Allah... Al-Fatihah....
Selamat Hari Lahir


Pada 23 haribulan yang lalu. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

Tuesday, March 22, 2011



Majlis ini adalah kesinambungan kepada Majlis Persaraan Cikgu Mohd Nor bin Muda yang telah diadakan pada sebelah pagi. Cuma untuk majlis petang ini melibatkan juga guru-guru dan kakitangan yang bertukar. Mereka ialah Cikgu Azmi bin Yusof, Cikgu Asmabeevi binti Hussain dan Tuan Laily bin Tuan Jusoh. Tapi sayangnya hanya Cikgu Azmi sahaja yang dapat hadir sementara yang lain gagal hadir kerana mempunyai urusan lain.

Majlis yang bermula jam 3 petang dengan ketibaan Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Encik Azhar bin Abu Bakar, Tuan Guru Besar dan Cikgu Azmi. Pengerusi majlis pada hari tersebut ialah Mohd Fida’iy bin Hasan menjana detik mula dengan menjemput Ustaz Mohd Nor bn Salleh untuk mengetuai bacaan doa selamat dan doa makan.


Bermulalah jamuan petang tersebut dengan aneka juadah yang disediakan oleh pihak Sumai. Sambil menikmati hidangan, ucapan Tuan Guru Besar Cikgu Mohd Ranai bin Ismail bergema mengisi ruang Restoran Bintang Tiga. Majlis kemudiannya diserikan lagi ucapan dari Timbalan PPD dan seterusnya oleh wakil yang dirai iaitu mantan PK KO, Cikgu Azmi bin Yusof.

Kemuncak acara adalah penyampaian cenderahati kenang-kenangan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKBG dan wakil-wakil panitia oleh Timbalan Pengarah PPD diiringi Tuan Guru Besar dan PK KO, Cikgu Mohd Zaid bin Mohamad. Majlis berakhir kira-kira pukul 4.30 petang.

Buat yang dirai, terima diucapkan atas jasa kalian sepanjang di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong.

Sunday, March 20, 2011

MAJLIS PERSARAAN CIKGU  MOHD NOR BIN MUDA
MANTAN PENOLONG KANAN 1 SK BUKIT GUNTONG
10 MAC 2011


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tak kira bersifat sementara mahupun yang abadi. Seandainya ia sementara, sematkan dalam sanubari bahawa silaturrahim yang tejalin akan mekar selamanya.


Cetusan kata-kata dia atas sinonim dengan majlis anjuran Kelab Guru dan Kakitangan SKBG iaitu Majlis Persaraan Cikgu Mohd Nor bin Muda yang merupakan bekas Penolong Kanan 1 di sekolah ini. Majlis bemula seawal jam 10 pagi dengan ketibaan beliau yang dibawa menaiki kereta Cikgu Mohd Zuki bin Ibrahim dan ditemani oleh Cikgu Amran bin Mohammad serta Tuan Haji Mohd Zawawi bin Tuan Sidek. Manakala di hadapan pagar sekolah telah siap sedia Tuan Guru Besar bersama barisan guru serta pengawas dan pengawas perpustakaan menyambut ketibaan yang dirai.



Usai tiba di hadapan pintu pagar sekolah, Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Ranai bin Ismail memakaikan tenggolok dan keris sebagai simbolik sambutan. Kemudian beliau diarak menuju ke kantin sekolah dengan diiringi paluan kompang dan bunga manggar.


Cikgu Mohd Nor kemudian dibawa untuk jamuan dengan ditemani oleh Tuan Guru Besar, PK HEM dan PK KO sambil diringi oleh dikir barat oleh pelajar-pelajar di bawah pimpinan Cikgu Amran bin Che Harun yang membawakan lagu ‘Dikir Puteri’ serta lagu ‘Pelangi Petang’.

Selesai jamuan, jemputan terhormat dan pentadbiran atasan sekolah naik ke pentas untuk acara seterusnya yang dipengerusikan oleh Puan Ros Zawati binti Hamzah dan  Encik Fadzimee. Sebagai tanda memohon rahmat dari Yang Esa, Ustaz Mohd Noor bin Salleh mengetuai bacaan doa. Kemudian diteruskan dengan ucapan aluan dari Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan iaitu Cikgu Amran bin Mohammad. Seterusnya Tuan Guru Besar menyampaikan amanat beliau serta menjadi wakil kepada Pengerusi PIBG sekolah. Saat dinanti iaitu ucapan dari yang dirai, Cikgu Mohd Nor dengan diselitkan kronologi karier beliau sepanjang berkhidmat sebagai pendidik.

Majlis dimeriahkan lagi dengan dendangan lagu ‘Doa Perpisahan’ oleh barisan guru lelaki dan ternyata komitmen mereka menarik perhatian hadirin. Sebagai penutup acara, penyampaian cenderahati oleh setiap aliran, panitia-panitia, kelab guru dan kakitangan kepada Encik Mohd Nor yang kemudiannya diarak untuk majlis bersalaman dan mengiringi kepulangan beliau.  Senyuman dan lambaian dari semua warga SK Bukit Guntong mengiringi kepulangan Cikgu Mohd Nor.


Kepada Cikgu Mohd Nor bin Muda, kami di SKBG mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan yang telah disemai di sekolah ini. Semoga cikgu sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan selepas ini.



******* TERIMA KASIH CIKGU *******

Tuesday, March 8, 2011

    SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA                          

                                  

♥ ♥ ♥ ♥ WANITA ♥ ♥ ♥ ♥

Tercipta engkau dari rusuk lelaki...
Bukan dari kaki untuk di alasi...
Bukan dari kepala untuk di junjungi...
Tapi dekat di bahu untuk dilindungi...
Dekat jua dihati untuk dikasihi...

Engkau wanita hiasan duniawi...
Engkaulah wanita istimewa...
Sedarilah wahai insan istimewa...
Bahawa kelembutan bukan kelemahan...
Bukan jua untuk penghinaan...
Bahkan sebagai hiasan kecantikan...


Wednesday, March 2, 2011

 SELAMAT HARI LAHIR


Wajah-wajah yang menyambut hari kelahiran pada hari ini.



Segunung doa dipanjatkan agar kalian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Moga pertambahan satu angka pada umur kalian menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan.

Tuesday, March 1, 2011


Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran



Semoga pertambahan usia ini seiring dengan kematangan dan ketabahan dalam mengharungi suka duka sebagai warga pendidik anak bangsa.Moga limpahan rahmat dan kurnaian rezeki lahiriah serta batiniah sentiasa dekat bersama kalian. Selamat Hari Lahir.....