us

us

Wednesday, May 25, 2011

SELAMAT HARI LAHIR


Moga sentiasa berada dalam rahmat Ilahi. Didoakan moga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Senyum sokmo dan Selamat Hari Lahir....

Monday, May 23, 2011

HARI LAHIR HARI INI



Segala doa dan impian dimakbulkan Yang Maha Esa hekdaknya. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Amin...(Kredit untuk suami anda)

Sunday, May 22, 2011

Selamat Hari Lahir



Moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. Selamat Hari lahir..

Tidak lupa juga buat Puan Hasmah binti Awang Seman yang telah menyabut hari lahir pada 13hb yang lalu dan juga Puan Mahirah binti Mohd Rashid yang bertambah usia pada 15hb Mei yang lalu. Selamat Hari Lahir diucapkan...









Thursday, May 12, 2011

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSDKTU 2011

Kejohanan ini berlangsung pada 25 April 2011 untuk bahagian lelaki dan 26 April 2011 untuk bahagian perempuan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal.




Dalam kejohanan ini pasukan lelaki SKBG menjadi naib juara. Manakala juara disandang oleh SK Bukit Tunggal.


Pasukan perempuan pula agak kurang bernasib baik kerana hanya menduduki tempat ke-4. Manakala juara juga disandang oleh SK Bukit Tunggal.


Dalam kejohanan kali ini pasukan sekolah mendapat sokongan padu dari ramai guru-guru SKBG sekaligus merancak sorakan.


Kepada guru-guru yang terlibat serta yang hadir diucapkan ribuan terima kasih. Manakala untuk pasukan sekolah pula diucapkan tahniah dan teruskan usaha anda. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.







Tuesday, May 10, 2011

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN


Moga dikurniakan kesihatan dan kemurahan rezeki agar terus dapat berkhidmat untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Selamat Hari Lahir.....

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

 


Buat semua ibu-ibu di SKBG dan seluruh negara, Selamat Hari Ibu diucapkan. Jasamu akan dikenang ke akhir hayat. Terima kasih ibu....

Tuesday, May 3, 2011


PERTANDINGAN SMART ENGLISH


Tanggal 19 April 2011 berlangsung Pertandingan Smart English anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan bertempat di SK Padang air. Pertandinag ini disertai oleh 13 buah sekolah termasuk Sk Bukit Guntong. Acara-acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah:

1)    Silent Reading
2)      Reading Aloud


3)      Spelling


4)      Aura-Oral Comprehension
5)      Word chain Dictation
6)      Retell Story


7)      Poetic Action Song



Pertandingan tersebut dimenangi oleh SK Teluk Ketapang manakala SK Bukit Guntong mendapat tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah diadakan di SK Sultan Sulaiman II pada 26 April 2011.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru yang terlibat dalam pertandingan ini. Terima kasih.

Monday, May 2, 2011

SELAMAT HARI LAHIR




Peningkatan umur bukanlah hanya pada angkanya, tapi diharapkan peningkatan segalanya yakni lahiriah dan batiniah. Moga dimurahkan rezeki dan diberkati sentiasa hendaknya. Selamat Hari Lahir Ustazah Fatimah Hazliza binti Mohd Hajazi.