us

us

Thursday, October 7, 2010

Sambutan Hari Raya 2010

Tarikh : 4 Oktober 2010
            (25 Syawal 1431H)


Majlis yang diadakan agak lewat iaitu minggu terakhir bulan Syawal kerana pertembungan aktiviti lain. Sambutan bermula seawal jam 7.30 pagi (perhimpunan) dan berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari (pelajar bersurai). Sambutan sangat meriah walaupun tedapat sedikit kekalutan pelajar.

Tuan Guru Besar bersama rakan-rakan yang dijemput
 Sambutan tahun ini juga menyaksikan ramai cikgu sama-sama berpadu suara dalam menghiburkan anak-anak murid kesayangan mereka.


Cikgu Amran Che Harun menyanyi sepenuh hati

Guru-guru wanita bersama Tuan Guru besar mendendangkan lagu raya

Selain dari persembahan guru-guru, terdapat juga persembahan dari pelajar-pelajar serta Pertandingan Peragaan Baju Hari Raya untuk pelajar.  Kriteria yang dinilai ialah menarik dan mengikut ciri islamik moden.


Semoga acara sebegini dapat mengeratkan silaturrahim dan akan dikenang sepanjang masa.

P/S : Untuk galeri gambar penuh sila layari www.facebook.com dan cari Sk Bkt Guntong