us

us

Tuesday, January 25, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Kejohanan merentas desa ini telah diadakan pada hari Ahad, 23 Januari 2011 yang disambut dengan penuh semangat. Acara merentas desa ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan rumah sukan iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau.


Acara dimulakan seawal jam 8 pagi yang mana semua peserta berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk taklimat. Kemudian mereka semua berkumpul di dataran perhimpunan untuk sesi taklimat umum  dan pemanas badan.Seterusnya peserta-peserta dilepaskan oleh tuan Guru Besar secara berperingkat dengan dimulai peserta perempuan dan mengikut tahun iaitu Tahun 4, 5 dan akhir sekali Tahun 6. Begitu juga dengan peserta lelaki.


Kejohanan tahun ini dimenangi oleh Rumah Kuning yang mengumpul mata keseluruhan sebanyak 417. Tempat kedua dirangkul oleh Rumah Merah sebanyak 235 mata diikuti Rumah Biru di tempat ke-3 yang mengumpul sebanyak 150 mata. Dan tempat keempat dimenangi oleh Rumah Hijau dengan 111 mata.



Secara keseluruhannya, kejohanan kali ini berjalan dengan lancar tanpa dicemari sebarang kejadian yang tidak diingini. Sekalung tahniah kepada yang berjaya manakala yang kurang berjaya boleh cuba lagi tahun depan. Kami di SK Bukit Guntong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung bukan sahaja kepada barisan guru, kakitangan sokongan dan swasta malah juga kepada Polis Diraja Malaysia serta guru-guru KAFA.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA