us

us

Sunday, November 17, 2013


TAHNIAH!


Tahniah diucapkan 9 orang pelajar Tahun 6 SKBG yang telah mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Mereka ialah :

Amalin Aishah binti Mohamad Asri
Mastura Azani binti Mamat
Muhammad Syahir bin Yahaya
Nur Alia Natasha binti Mohd Zuki
Nur Fatihah binti Abdul Kohar
Nur Humaidah binti Nazru
Nur Naslin binti Zuhaimi
Siti Aishah binti Azman
Wan Nurshafira binti Wan Mohd Rizal 



HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2013


Majlis kemuncak tahunan ini bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaan jemputan dan sesi pendaftaran. Ia kemudiannya disusuli dengan ketibaan dif-dif terhormat iaitu Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatnkuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau & Air Negeri Terengganu merangkap ADUN Seberang Takir. Turut hadir ialah Encik Mohamad bin Muda, Penyelia Unit Sekolah Rendah JPNT dan Haji Shafie bin Muda, Naib Yang Dipertua PIBG sekolah. 



Sebagaimana yang sebaiknya, majlis dibuka dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Noor bin Salleh. Seterusnya Tuan Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapan aluan. Antara isi kandungan ucapan beliau ialah tentang perkembangan sekolah sepanjang tahun. Pengacara majlis pada hari tersebut iaitu Ustazah Fatimah Hazliza binti Mohd Hajazi dan Ustaz Mohd Khairuddin bin Wahab kemudiannya menjemput YB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman untuk menyampaikan ucapan. Beliau menceritakan tentang kepentingan guru serta pengalamanya dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SKBG 2013.



Selesai perasmian, hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid yang bertajuk ‘HambaMu’ oleh murid-murid tahun 2. Penyampaian hadiah pun bermula untuk Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 yang disampaikan oleh PK KO, Puan Nor Azyan Aminah binti Othman, PK 1 iaitu Puan Mashitah binti Ibrahim dan Haji Shafie bin Muda. Majlis diteruskan dengan pertandingan pertunjukan fesyen murid.



Kemudian diikuti penyampaian hadiah untuk Tahun 3 dan 4 serta Anugerah Akademik Khas untuk KAFA, NILAM, LINUS dan Intervensi yang disampaikan oleh Encik Mohamad bin Muda. Untuk Anugerah Pelajar Paling Banyak Membaca tahap 1 iaitu Nur Azwa Safrina binti Hamidi dan tahap 2 iaitu Abdullah Al-Amin bin A. Bakar, masing-masing membawa pulang sebuah basikal. Manakala untuk Anugerah Khas Nilam dimenangi oleh Anis Suriyanie binti Besar.



Bagi meredakan suasana, hadirin diperdengarkan dengan satu syarahan bertajuk ‘Anak Soleh Idaman Ibubapa’ yang disampaikan oleh Muhammad Afiq Daniel bin Suhaimi. Penyampaian hadiah slot 3 diteruskan untuk Tahun 5 dan 6, Anugerah Kehadiran Penuh dan Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2012 yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Ranai bin Ismail.



Kemuncak acara adalah penyampaian Anugerah Tokoh Murid. Berikut adalah senarai pemenang:

Tokoh Murid Lelaki : Muhammad Syahir bin Yahaya
Tokoh Murid Perempuan: Anis Suryanie binti Besar
Tokoh Kokurikulum Lelaki: Ahmad Taufik bin Ab. Wahab
Tokoh Kokurikulum Perempuan: Nurul Syakira binti Zulkifli
Anugerah Khas Ko-Akademik : Muhammad Afiq Daniel bin Suhaimi



Kesemua pemenang dijemput naik ke pentas bersama ibubapa masing-masing untuk dipakaikan kot oleh orang tersayang. Tokoh-tokoh ini menerima sejambak bunga, piala, beg sekolah serta sumbangan peribadi dari penyampai hadiah iaitu YB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman sambil diiringi oeh Tuan Guru Besar. Suasana bertukar sayu apabila berkumandangnya lagu ‘Ayah dan Ibu’ dan ‘Kasihnya Ibu‘ yang disampaikan oleh Nur Athirah Izzati binti Aziz, Anis Suriyanie binti Besar dan Alif Imran bin Aminul Ansar yang melambangkan pengorbanan ibubapa dalam melahirkan tokoh-tokoh ini. 



Dan slot terakhir penyampaian ialah penyerahan sijil tamat sekolah untuk murid-murid tahun 6. Sebagai menghargai kehadiran tetamu kehormat, pihak sekolah berbesar hati menyampaikan cenderahati  buat mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan untuk semua hadirin. Kesimpulannya majlis tahun ini boleh dianggap meriah dan dijalankan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Tuesday, November 12, 2013



Tanggal 6 November 2013, berlangsung untuk kesekian kalinya Jamuan Akhir Tahun Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Kali ini Dewan Zamrud, Tabung Haji Hotel & Convention Centre Terengganu menjadi venue pilhan.


    Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Kelab Guru SKBG, Cikgu Amran bin Mohamad. Seterusnya semua hadirin dijemput untuk menjamu selera dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Noor bin Sallleh.



 Agak mendukacitakan kerana Tuan Guru Besar, PK HEM dan PK KO tidak dapat hadir atas sebab kesihatan dan hal lain. Sambil bersantap, PK 1 iaitu Puan Mashitah binti Ibrahim dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas segala usaha dan komitmen guru-guru dan kakitangan SKBG dalam menjayakan segala perkara sepanjang tahun ini. 


   Majlis yang berlangsung secara santai ini tamat sekitar jam 4 petang. Admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mejayakan jamuan ini.