us

us

Wednesday, April 27, 2011

Salam takziah buat Cikgu Yusnida binti Ghani atas kepulangan ke rahmatullah ibu mertua beliau malam tadi. Al-Fatihah....
SELAMAT HARI LAHIR


Hari ini, pertambahan usiamu diharap mampu memberikan ketabahan dan keyakinan dalam menempuh hari yang mendatang. Selamat Hari Lahir Ustazah Rokiah binti Ismail.

Tuesday, April 26, 2011

Selamat Hari Lahir, Cikgu


Tanggal 24 April 2011, bertambah satu lagi angka pada umur beliau. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus memimpin sekolah ini dengan sebaiknya. Selamat Hari Lahir, Cikgu Mohd Ranai bin Ismail.

Thursday, April 14, 2011

SELAMAT HARI LAHIR

AIDA BINTI YUNUS

Pertambahan usia beerti peningkatan kematangan dan cabaran. Moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Selamat Hari Lahir.

Wednesday, April 13, 2011

Takziah buat Ustazah Che Nor Azini binti Che Abas atas pemergian kekanda tercinta ke Rahmatullah. Moga beliau ditempatkan  di kalangan yang dekat dengan Allah. Al-Fatihah.
KEJOHANAN BOLASEPAK MSSDKTU 2011
SK BUKIT WAN
10 & 11 APRIL 2011

Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak SKBG walaupun hanya sekadar menggondol naib johan peringkat zon ini. Segala usaha dan penat lelah pemain, pihak sekolah ucapkan terima kasih. Berikut adalah laluan pasukan sekolah untuk muncul naib johan :

SK BUKIT GUNTONG
10 – 0
SK GEMUROH
SK BUKIT NENAS
1 – 2
SK BUKIT GUNTONG
SK BUKIT WAN
3 - 0
SK BUKIT GUNTONG

 Pemain bergambar bersama barisan pengurus dan jurulatih.

 Sesi memanas badan.

Atas : SKBG ( Putih/Merah ) menentang SK Gemuroh ( Biru )
Tengah : SKBG ( Biru ) menentang SK Bukit Nenas ( Merah)
Bawah : SKBG ( Biru ) menentang SK Bukit Wan ( Oren )

Penyampaian hadiah dan bergambar.

Tuesday, April 12, 2011

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja

Oleh Cikgu Jimmy Rose

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA

kredit untuk www.facebook.com/mdadha

Tuesday, April 5, 2011

TAHNIAH!!!!!

Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong menjadi juara Kejohanan Bola Jaring MSSDKTU bawah 12 tahun yang berlangsung pada 27 hingga 29 Mac 2011 di  SK Kompleks Gong Badak.

Berikut adalah laluan kejuaraan SKBG:

Peringkat Kumpulan

SK BUKIT GUNTONG
SK KOMP. SEB. TAKIR
5 – 4
SK MAKTAB
14 – 1
SK PAGAR BESI
8 – 4
SK BANGGOL PERADONG
8 – 1


Suku Akhir
SK BUKIT GUNTONG
7 - 6
SK KESOM

Separuh Akhir
SK BUKIT GUNTONG
7 – 4
SK GONG BADAK

Akhir 
SK BUKIT GUNTONG
10 - 9
SK BUKIT TUNGGAL



Barisan pemain bersama Tuan Guru Besar, Encik Mohd Ranai bin Ismail dan PK KO, Encik Mohamad Zaid bin Mohammad serta jurulatih, Puan Zaleha binti Ahmad, Puan Norizan binti Majid dan Noorina binti Yusof. Tiada dalam gambar, Puan Wan Azmar binti Wan Mahmud