us

us

Tuesday, September 8, 2015

UPSR Tiba!

 
Admin mengucapkan Selamat Maju Jaya buat semua pelajar tahun 6 SKBG. Mulakan dengan bismillah, tenang & tawakkal. Moga kejayaan menjadi milik kalin. Amin...

Wednesday, July 23, 2014


Salam aidilfitri buat semua. Admin mewakili pihak pengurusan dan guru SK Bukit Guntong memohon seribu kemaafan andai terkesan dengan kekhilafan kami.

Thursday, February 6, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014


Kejohanan merentas desa tahun ini diadakan pada 30 Januari 2014 bersamaan 29 Rabiulawal 1435H dan yang istimewanya tahun ini turut melibatkan murid tahap 1. Seawal pukul 7.45 pagi, semua murid berkumpul di dataran perhimpunan mengikut rumah masing-masing untuk diambil kedatangan. Seterusnya mereka semua diberikan taklimat teknikal oleh penyelaras kejohanan. 


Sementara itu guru-guru dan kakitangan yang bertugas sebagai pegawai check-point mula mengambil tempat masing-masing. Kemudian semua peserta turun ke tanah lapang berhampiran Pra Sekolah untuk sesi regangan dan memanaskan badan yang diketuai oleh barisan guru praktikum.


Acara dimulakan dengan pelepasan peserta tahap 1 perempuan diikuti peserta lelaki yang kemudiannya untuk tahap 2 perempuan dan lelaki. 
Aksi peserta.

Macam-macam gaya
Antara yang terlibat

Larian yang memakan masa kurang 1 jam itu tamat sebelum pukul 11 pagi. Semua peserta dibenarkan rehat sementara menunggu pengiraan markah oleh pegawai bertugas. 


Usai berehat, semua murid diarahkan berkumpul di kantin untuk upacara penyampaian hadiah. Tuan Guru Besar, Encik Mohd Ranai dijemput untuk menyampaikan ucapan sebelum penyampaian hadiah. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan kejohanann kali ini.


Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar dimulakan dengan tahap 1 dan diikuti dengan tahap 2. Manakala untuk markah keseluruhan dimenangi oleh Rumah Kuning. Berikut adalah keputusan keseluruhan.
Keputusan Keseluruhan
Kedudukan
Rumah
Markah
Johan
Rumah Kuning
772
Naib Johan
Rumah Merah
732
Ketiga
Rumah Hijau
516
Keempat
Rumah Biru
474



Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang kurang berjaya harap dapat mencubanya lagi untuk tahun mendatang. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua guru dan kakitangan pentadbiran yang telah menjayakan kejohanan kali ini. Tidak dilupakan juga buat kakitangan swasta dan barisan pengawal keselamatan yang membantu. Jutaan terima kasih juga buat Polis Diraja Malaysia yang sedia menghulurkan bantuan dalam melancarkan perjalanan kejohanan tahun ini. Akhir kata ‘Majulah Sukan Untuk Semua’.

Sunday, January 26, 2014

MAULIDUR RASUL 2014


Sambutan diadakan pada 22 Januari 2014 seawal jam 8 pagi. Semua guru, kakitangan, murid tahun 1 hingga 6 serta prasekolah beratur di dataran perhimpunan dan berarak menuju ke Masjid Kampung Lerek. Perarakan diketuai oleh Cikgu Amran Che Harun itu dialunkan dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W menggunakan 'portable speaker' sambil diikuti oleh semua yang berarak.




Sesampai di masjid, semua murid diarahkan mengambil wudhu' untuk solat sunat tahiyyatul masjid dan sunat dhuha. Usai solat semua murid dan guru sama-sama membaca Yassin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Noor Salleh. 


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Ranai Ismail. Antara intipati ucapan beliau ialah mengaharapkan semua murid mengambil iktibar atas peristiwa kelahiran Rasulullah S.A.W dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Beliau juga berpesan agar semua murid bersungguh-sungguh tak kira dalam bidang akademik atau ko-kurikulum.


Sesi ceramah pula diserahkan kepada Ustaz Mohd Khairuddin Wahab. Beliau menggunakan pendekatan bercerita sirah-sirah nabi. Antara kisah tokoh dan tauladan yang diceritakan ialah mengenai perempuan Yahudi dengan limaunya, Sadina Abu Bakar, Salman Al-Farisi, Abdullah bin Jabir, Abu Ayyub Al-Ansari dan Sufiyan As-Sauri. Ternyata pendekatan tersebut berjaya menarik minat murid dan hadirin sekalian.


Seterusnya semua hadirin beratur dan berarak pulang ke sekolah untuk sedikit jamuan kecil. Di sin admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua murid, guru, kakitangan dan guru Kafa yang telah menjayakan sambutan yahun ini. Tidak dilupakan juga buat Polis Diraja Malaysia yang sedia berkhidmat dalam memastikan keselamatan sepanjang sambutan. sekian. 

Sunday, November 17, 2013


TAHNIAH!


Tahniah diucapkan 9 orang pelajar Tahun 6 SKBG yang telah mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Mereka ialah :

Amalin Aishah binti Mohamad Asri
Mastura Azani binti Mamat
Muhammad Syahir bin Yahaya
Nur Alia Natasha binti Mohd Zuki
Nur Fatihah binti Abdul Kohar
Nur Humaidah binti Nazru
Nur Naslin binti Zuhaimi
Siti Aishah binti Azman
Wan Nurshafira binti Wan Mohd Rizal 



HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2013


Majlis kemuncak tahunan ini bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaan jemputan dan sesi pendaftaran. Ia kemudiannya disusuli dengan ketibaan dif-dif terhormat iaitu Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatnkuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau & Air Negeri Terengganu merangkap ADUN Seberang Takir. Turut hadir ialah Encik Mohamad bin Muda, Penyelia Unit Sekolah Rendah JPNT dan Haji Shafie bin Muda, Naib Yang Dipertua PIBG sekolah. 



Sebagaimana yang sebaiknya, majlis dibuka dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Noor bin Salleh. Seterusnya Tuan Guru Besar dijemput untuk memberikan ucapan aluan. Antara isi kandungan ucapan beliau ialah tentang perkembangan sekolah sepanjang tahun. Pengacara majlis pada hari tersebut iaitu Ustazah Fatimah Hazliza binti Mohd Hajazi dan Ustaz Mohd Khairuddin bin Wahab kemudiannya menjemput YB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman untuk menyampaikan ucapan. Beliau menceritakan tentang kepentingan guru serta pengalamanya dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SKBG 2013.



Selesai perasmian, hadirin dihiburkan dengan persembahan nasyid yang bertajuk ‘HambaMu’ oleh murid-murid tahun 2. Penyampaian hadiah pun bermula untuk Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 yang disampaikan oleh PK KO, Puan Nor Azyan Aminah binti Othman, PK 1 iaitu Puan Mashitah binti Ibrahim dan Haji Shafie bin Muda. Majlis diteruskan dengan pertandingan pertunjukan fesyen murid.



Kemudian diikuti penyampaian hadiah untuk Tahun 3 dan 4 serta Anugerah Akademik Khas untuk KAFA, NILAM, LINUS dan Intervensi yang disampaikan oleh Encik Mohamad bin Muda. Untuk Anugerah Pelajar Paling Banyak Membaca tahap 1 iaitu Nur Azwa Safrina binti Hamidi dan tahap 2 iaitu Abdullah Al-Amin bin A. Bakar, masing-masing membawa pulang sebuah basikal. Manakala untuk Anugerah Khas Nilam dimenangi oleh Anis Suriyanie binti Besar.



Bagi meredakan suasana, hadirin diperdengarkan dengan satu syarahan bertajuk ‘Anak Soleh Idaman Ibubapa’ yang disampaikan oleh Muhammad Afiq Daniel bin Suhaimi. Penyampaian hadiah slot 3 diteruskan untuk Tahun 5 dan 6, Anugerah Kehadiran Penuh dan Anugerah Murid Cemerlang UPSR 2012 yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Ranai bin Ismail.



Kemuncak acara adalah penyampaian Anugerah Tokoh Murid. Berikut adalah senarai pemenang:

Tokoh Murid Lelaki : Muhammad Syahir bin Yahaya
Tokoh Murid Perempuan: Anis Suryanie binti Besar
Tokoh Kokurikulum Lelaki: Ahmad Taufik bin Ab. Wahab
Tokoh Kokurikulum Perempuan: Nurul Syakira binti Zulkifli
Anugerah Khas Ko-Akademik : Muhammad Afiq Daniel bin Suhaimi



Kesemua pemenang dijemput naik ke pentas bersama ibubapa masing-masing untuk dipakaikan kot oleh orang tersayang. Tokoh-tokoh ini menerima sejambak bunga, piala, beg sekolah serta sumbangan peribadi dari penyampai hadiah iaitu YB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman sambil diiringi oeh Tuan Guru Besar. Suasana bertukar sayu apabila berkumandangnya lagu ‘Ayah dan Ibu’ dan ‘Kasihnya Ibu‘ yang disampaikan oleh Nur Athirah Izzati binti Aziz, Anis Suriyanie binti Besar dan Alif Imran bin Aminul Ansar yang melambangkan pengorbanan ibubapa dalam melahirkan tokoh-tokoh ini. 



Dan slot terakhir penyampaian ialah penyerahan sijil tamat sekolah untuk murid-murid tahun 6. Sebagai menghargai kehadiran tetamu kehormat, pihak sekolah berbesar hati menyampaikan cenderahati  buat mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan untuk semua hadirin. Kesimpulannya majlis tahun ini boleh dianggap meriah dan dijalankan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.