us

us

Tuesday, March 29, 2011


Majlis bermula dengan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri (Ahli Parlimen Kuala Nerus) bersama Tuan Haji Ibrahim bin Salleh ( Pengerusi PIBG SKBG), Encik Azhar bin Abu Bakar ( Timbalan Pengarah PPD) disambut oleh Tuan Guru Besar dan PK KO. Bunga manggar dan paluan kompang mengiringi barisan tetamu kehormat ke kantin sekolah.

Pengerusi majlis pada hari tersebut iaitu Puan Ros Zawati binti Hamzah mempersilakan Ustaz Mohd Noor bin Salleh mengetuai bacaan doa untuk memberkati lagi majlis. Tidak lengkap majlis sekiranya tidak mendengar ucapan dari Tuan Guru Besar, Mohd Ranai bin Ismail yang menyentuh tentang pembangunan sekolah.


Tiba giliran Pengerusi PIBG SK Bukit Guntong, Tuan Haji Ibrahim bin Salleh untuk memberi ucapan yang mana menyambung apa yang telah disampaikan oleh Guru Besar. Majlis kemudian menjemput wakil dari PPD Kuala Terengganu iaitu Encik Azhar bin Abu Bakar untuk menyampaikan sepatah dua kata.


Kemuncak acara pada majlis tersebut ialah ucapan dari Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Ucapan beliau menitikberatkan kecemerlangan sekolah dalam kawasan Kuala Nerus. Malah beliau juga menjanjikan ganjaran seandainya SK Bukit Guntong mencapai sasaran UPSR tahun ini. Ternyata ucapan beliau berjaya menarik minat hadirin sekalian.


Selesai ucapan Yang Berhormat, siding hadirin dihiburkan dengan persembahan dikir barat pelajar di bawah pimpinan Cikgu Amran bin Che Harun. Lagu yang disampaikan ialah ‘Dikir Puteri’.


Yang Berhormat dan wakil PPD kemudiannya dirai dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka hadir ke majlis ini.


Sesi mesyuarat bermula kira-kira jam 9 pagi yang mana dimulakan dengan ucapan pengerusi PIBG. Seterusnya pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Ustaz Mohd Khairuddin bin Wahab. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 12 tengahari.


No comments:

Post a Comment