us

us

Tuesday, March 22, 2011



Majlis ini adalah kesinambungan kepada Majlis Persaraan Cikgu Mohd Nor bin Muda yang telah diadakan pada sebelah pagi. Cuma untuk majlis petang ini melibatkan juga guru-guru dan kakitangan yang bertukar. Mereka ialah Cikgu Azmi bin Yusof, Cikgu Asmabeevi binti Hussain dan Tuan Laily bin Tuan Jusoh. Tapi sayangnya hanya Cikgu Azmi sahaja yang dapat hadir sementara yang lain gagal hadir kerana mempunyai urusan lain.

Majlis yang bermula jam 3 petang dengan ketibaan Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Encik Azhar bin Abu Bakar, Tuan Guru Besar dan Cikgu Azmi. Pengerusi majlis pada hari tersebut ialah Mohd Fida’iy bin Hasan menjana detik mula dengan menjemput Ustaz Mohd Nor bn Salleh untuk mengetuai bacaan doa selamat dan doa makan.


Bermulalah jamuan petang tersebut dengan aneka juadah yang disediakan oleh pihak Sumai. Sambil menikmati hidangan, ucapan Tuan Guru Besar Cikgu Mohd Ranai bin Ismail bergema mengisi ruang Restoran Bintang Tiga. Majlis kemudiannya diserikan lagi ucapan dari Timbalan PPD dan seterusnya oleh wakil yang dirai iaitu mantan PK KO, Cikgu Azmi bin Yusof.

Kemuncak acara adalah penyampaian cenderahati kenang-kenangan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKBG dan wakil-wakil panitia oleh Timbalan Pengarah PPD diiringi Tuan Guru Besar dan PK KO, Cikgu Mohd Zaid bin Mohamad. Majlis berakhir kira-kira pukul 4.30 petang.

Buat yang dirai, terima diucapkan atas jasa kalian sepanjang di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong.

No comments:

Post a Comment