17 Februari 2011 Bersamaan 14 Rabiulawal 1432H
Suasana mendung di pagi hari seolah-olah merestui sambutan tahun ini. Semangat terpancar jelas di raut wajah para pelajar dan guru saat berkumpul di dataran perhimpunan sambil mengenakan persalinan sopan dan islamik sebagai tanda mengingati junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Perarakan bermula dari pintu belakang sekolah menuju ke padang bola Kampung Banggol Binjai dan berpatah balik ke sekolah.
Sebagai pemimpin, Encik Mohd Ranai bin Ismail mengetuai perarakan sambil diiringi barisan Penolong Kanan iaitu Ustaz Tuan Mohd Zawawi bin Tuan dan Encik Mohamad Zaid bin Mohamad bersama barisan guru lelaki. Manakala jelitawan sekolah menemani kelompok para pelajar yang dimulai dengan si kecil pelajar prasekolah dan diakhiri oleh pelajar–pelajar tahun 6.
Terpetik secuit rasa bangga dan terharu kerana kakitangan sokongan serta guru-guru KAFA sudi mengimarahkan perarakan tahun ini. Malah penglibatan 4 buah kereta guru iaitu Cikgu Amran bin Che Harun, Cikgu Norhisham bin Rasib, Ustaz Mohd Noor bin Salleh dan Cikgu Fadzimee bin Mohd Fatini yang dipersiapkan dengan pembesar suara yang mengalunkan keharmonian selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad menambahkan lagi kemeriahan sambutan.
Selesai perarakan, murid diberi makanan dan minuman sementara menunggu acara seterusnya iaitu Forum Perdana. Sebelum barisan panel melontarkan petikan-petikan ilmiah, para hadirin diajak menghayati alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahan yang disampaikan oleh adik Amirul Ayyan bin Mohamad Hasan dan adik Anis Suryani binti Besar dari kelas 4A. Seterusnya tuan Guru Besar mengambil tempat untuk menyampaikan amanat dan nasihat bersempena majlis ini. Hadirin semua sedikit terdiam dan terpaku apabila diperdengarkan dengan bait-bait lirik nasyid bertajuk ‘Junjungan Mulia’ yang dipersembahkan oleh kumpulan nasyid sekolah di bawah didikan Cikgu Amran bin Che Harun.
Forum Perdana mengisi ruang kantin jam 11 pagi yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Khairuddin bin Wahab membincangkan tajuk berkaitan Rasulullah seawal kelahiran dan kisah perjuangan dalam menegakkan Islam yang Satu. Panel jemputan pada hari tersebut ialah Ustaz Mohd Zaki bin Mat Yakim berkerjaya sebagai Modulator Al-Furqan di Institut Al-Quran Terengganu dan Ustaz Solahuddin bin Zakaria yang merupakan Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah. Ternyata pengisian yang dibincangkan membangkitkan sekelumit rasa cinta terhadap Rasulullah. Forum yang berlangsung lebih satu jam itu dilabuhkan tirai dengan penyampaian cenderahati kepada panel jemputan dan alunan satu lagi nasyid yang bertajuk ‘Cahaya Kasihmu’.
Konklusinya sambutan tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya serta berjalan lancar. Ucapan tahniah dan terima kasih tak terhingga kepada penganjur, Panitia Pendidikan Agama Islam dan Jawatankuasa Hari Perayaan dan Sambutan Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Pentadbiran Sekolah, barisan guru dan kakitangan sokongan. Tak lupa juga buat guru-guru KAFA, kakitangan swasta dan wakil dari Polis Diraja Malaysia . Terima kasih.
“ 1 Malaysia , 1 Ummah “
blog ok.... but need a little bit improvement....
ReplyDeletewawawa....
chatbox cm pntg je utk penyinggah2 mmberi comment..
huhu
camne nk mskkkn chat box?
ReplyDeletejuz copy coding kat sape2 punya blog yg ada chatbox...
ReplyDeletedone..
camtu je...