us

us

Sunday, March 25, 2012


Masih belum terlambat untuk kita mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Cikgu Norhisham bin Rasib yang telah menyambutnya pada 23 Mac yang lalu. Moga cikgu dipermudahkan dalam segala hal. Kami doakan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur hendaknya. Selamat Hari Lahir Cikgu...

Thursday, March 1, 2012

Jangan terlalu resah & gundah dengan turun naiknya prestasi kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah ibarat lakaran dengupan jantung yang turun naik. Ia perkara tabi'i yang normal bertepatan dengan firman Allah yang mengarahkan kita terus berusaha, bermuhasabah & tawakkal. - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Selamat hari lahir diucapkan kepada Cikgu Zakiyah binti Ramli dan Cikgu Amran bin Che Harun yang telah menyambutnya pada hari ini iaitu 1 Mac 2012. Serta ucapan ini ditujukan juga buat Cikgu Nor Adilah binti Mohamad dan pembantu Prasekolah, Hazlina binti Awang @ Mahmud yang bakal menyambutnya esok 2 Mac 2012. Kami mendoakan kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya. Amin...